Saturday, 3 December 2011

‎"…..DAN KEKUATAN ITU HANYALAH BAGI ALLAH, BAGI RASULNYA DAN BAGI ORANG-ORANG MUKMIN.." (Al-Munafikun :8

Sejenak kita renungkan ayat di atas, realiti umat Islam hari ini tidak sebagaimana yang di gambarkan dalam ayat tersebut. Tiap masa dan detik kita terbaca atau terdengar berita orang-orang Islam diperlecehkan. Perhatikan di Syria, bagaimana perempuan-perempuan Muslim dirogol, disiksa dan dibunuh oleh puak nasionalis di penjara Syria. Tidakkah kita terdengar rintihan mereka. Demikian juga halnya di Bosnia. Tidakkah kita terdengar berita bagaimana puak fanatik Kristian dengan bantuan tentera Israel menembak mati kebanyakannya wanita dan kanak-kanak Islam di perkhemahan Sabra Shatila pada Jumaat 17 September 1982. Yang terbaru pembunuhan beramai-ramai penyokong parti FIS yang juga melibatkan orang-orang Islam oleh pihak kerajaan di Algeria. Sampai bilakah keadaan umat Islam hari ini yang diperlecehkan oleh musuh Islam akan berakhir?

Adakah kita terlupa bagaimana mulia dan sejahteranya kehidupan umat Islam semasa zaman kekhilafahan. Wahai umat Islam bangunlah dari lena anda dan hayatilah kisah bagaimana peristiwa seorang wanita Islam yang meminta pertolongan kepada Khalifah Mu’tazim kerana dizalimi, maka seluruh bala tentera Islam telah dikerahkan untuk menyelamatkan muslimat tersebut. Atau kita tidak pernah terbaca bagaimana di Zaman Khalifah Abdul Hamid yang memberi amaran kepada kerajaan Pranchis dan Britain kerana membuat pertunjukan teater yang menghina Rasulullah lalu kedua-dua kerajaan itu menghentikan pertunjukan teater itu dengan serta merta kerana takut kepada kerajaan Islam pada masa itu .

Oleh itu bergeraklah untuk menuju kehidupan yang sejahtera dengan mewujudkan kembali Negara Islam yang telah lenyap yang merupakan tunjang kekuatan umat keseluruhannya. MARILAH BERJUANG MENGEMBALIKAN SEMULA DAULAH KHILAFAH. !!!

No comments:

Post a Comment